Berita

Tekken 7: Bermain Boling Di Dalam DLC Tekken Bowl Terbaru

tekkenbowl
Diolah oleh hang92

Isi kandungan yang boleh dimuat turun, DLC terbaru permainan Tekken 7 yang akan datang ini membolehkan anda bermain boling menggunakan watak dari Tekken 7. DLC Tekken Bowl ini akan datang pada bulan Ogos kelak untuk platform seperti PlayStation 4, Xbox One dan Windows PC.

Dinamakan sebagai “Ultimate Tekken Bowl,” DLC ini membolehkan pemain untuk memilih mana-mana watak kesukaan mereka untuk melontar bola boling menyelunsuri lorong dan bersedia melawan musuh mereka yang nyata – 10 pin boling

Untuk pengetahuan anda, Tekken Bowl pertama telah diperkenalkan pada siri Tekken yang lepas seperti Tekken Tag Tournament, permainan Tekken yang dimainkan pada platform PlayStation 2.

Kita saksikan video treler di bawah dan anda akan dapat melihat pengarah permainan, Katsuhiro Harada melontar bola boling menggunakan dua tangan dan mendapatkan mata strike. Dan anda juga dapat melihat sedikit sedutan cara permainan ini juga.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.