Berita

Tekken 7: Boleh Didapati Kini Di Platform PS4. Xbox One dan PC

Diolah oleh hang92

Sejak ura-ura yang kita dengar sejak tahun 2014 dahulu, kini permainan pertempuran Tekken kembali semula akhirnya setelah dilancarkan pada hari ini dengan tajuk Tekken 7.

Anda kini boleh mendapatkan permainan pertempuran ini pada platform PS4, Xbox One, dan PC. Permainan ini akan mempunyai kos sebanyak ~RM 255 untuk edisi standard, ~RM 362 untuk edisi deluxe digital, dan ~RM 639 untuk Collectors Edition. (harga tukaran terus, harga rasmi untuk Malaysia masih belum diumumkan)

Menurut pengarah Tekken, Katsushiro Harada, “Ia satu perjalanan yang panjang, tetapi dengan pelancaran pada hari ini Tekken 7 amat berbaloi dengan usaha gigih oleh pasukan Tekken ini. Kami telah meletakkan keringat, peluh, dan jiwa untuk membawa Tekken 7 dengan harapan bahawa pemain dan peminat lama akan menikmati hasil kerja kami. “

Untuk pengetahuan anda, Tekken 7 ini telah dilancarkan sejak 2016 tetapi hanya untuk platform arked. Cuma yang terbaru, permainan ini telah menerima beberapa kemaskini dan naik taraf untuk dilancarkan pada platform konsol.

Perubahan ini termasuk pilihan watak yang boleh diubahsuai, peringkat baru, dan watak baru terutamanya pengenalan kepada watak Akuma dari permainan Street Fighter, yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam jalan cerita Tekken 7 ini.

sumber : gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Video: Trailer Terbaru Tekken 7 Mendedahkan Yoshimitsu, Raven, Sergei, Lili, Asuka dan Leo

Video : Tekken 7 Menampilkan Watak King, Nina, Lucky Chloe dan Miguel

Video : 30 Minit Pertempuran Pelbagai Karakter Dalam Tekken 7 Dipertontonkan