Berita

Tekken 7: Kini Telah Terjual Lebih 2 Juta Salinan Di Seluruh Dunia

Tekken-7
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bandai Namco mendedahkan bahawa Tekken 7 kini telah terjual lebih daripada 2 juta salinan di seluruh dunia. Tekken 7 adalah salah satu permainan pertempuran terbaik untuk keluar tahun ini.

Pengarah Tekken 7, Katsuhiro Harada, mengesahkan berita ini di Twitter dengan berkata: “Lebih 2 juta buat masa ini (Jun hingga September – 2017)”. Jumlah ini adalah untuk versi konsol, jadi jumlah keseluruhannya mungkin sedikit lebih tinggi jika digabungkan dengan penjual di Steam PC.

Tekken 7

Permainan ini diterima baik oleh peminat dan pengkritik dan dengan angka jualan yang melebihi 2 juta salinan ianya adalah lebih baik daripada pencapaian Capcom selama ini dengan Street Fighter V dan Marvel vs. Capcom: Infinite.

Tekken 7 pasti akan disokong dan diberi penambahbaikan untuk jangka masa panjang. DLC baru akan hadir dalam beberapa bulan akan datang dan ramai pemain masih memainkan permainan atas talian setiap hari.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Tekken 7: Bandai Namco Mengumumkan Watak Baru Geese Howard

Tekken 7: Bermain Boling Di Dalam DLC Tekken Bowl Terbaru

Tutorial Tekken 7: Bagaimana Menggunakan Kombo Bahagian 1

Tekken 7: Beri Sokongan Anda Pada Wakil Malaysia Yang Akan Berentap Di Bangkok Untuk Sesi Kelayakkan Tekken World Tournament

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.