Berita

Tekken 7 : Pakej Bundle PS4 Pro dan PS4 Slim Telah Dilancarkan Di Eropah

Diolah oleh hang92

Nampaknya permainan yang kita nantikan ini iaitu Tekken 7,  akan dikeluarkan dalam pakej bundle PS4 Pro dan Slim di Eropah.

Berita itu diumumkan melalui Tweeter PlayStation Perancis yang menampilkan francais terbaru permainan pertempuran yang kita anggap lagenda ini.

Pakej ini didatangkan pada  PS4 Pro 1TB  atau PS4 Slim 500GB dan juga cakera permainan Tekken 7.

Mengikut harga runcit di UK, konsol permainan pada edisi Slim akan berharga sebanyak ~ RM 1,400. Manakala versi Pro pula tidak diketahui harganya.

Berikut merupakan petikan tweet oleh Playstation Perancis;

Pada masa ini, pakej bundle ini tidak pula diumumkan untuk pasaran Asia Tenggara khususnya Malaysia.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan pakej ini sekiranya ianya dilancarkan di Malaysia?

Tekken 7 telah dijadualkan untuk dilancarkan pada 2 Jun untuk PS4, Xbox One, dan PC.

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.