Berita

Tekken 7 : Penerbit Minta Idea Peminat Untuk Watak Undangan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Bandai Namco telah mengumumkan sebelum ini bahawa Tekken 7 akan memperkenalkan beberapa watak undangan sebagai DLC untuk masa akan datang. Kini, pengeluar permainan ini sudi mendengar idea-idea dari peminat.

Penerbit Tekken 7, Katsuhiro Harada, menulis di twitter: “Ok beritahu saya idea anda untuk watak undangan”. Watak undangan ini juga boleh menggunakan watak dari permainan lain. Mortal Kombat X dan Dead or Alive 5 adalah permainan yang juga telah melakukan idea seperti ini.

Pelbagai idea telah diterima oleh Harada setakat ini. Antaranya adalah watak Kazuma Kiryu dari siri Yakuza.

Juga tidak ketinggalan adalah balasan tweet dari ahli gusti WWE, Xavier Woods. Beliau mencadangkan bahawa beliau perlu dimasukkan dalam permainan. Untuk menjadikan ini sebagai satu kenyataan. Beliau mungkin perlu meminta izin dari WWE dan 2K Games.

Permainan ini sudah mempunyai watak undangan yang memainkan peranan penting dalam jalan cerita permainan. Watak Akuma daripada Street Fighter akan diperkenalkan dalam jadual pada majlis pelancaran.

Jadi, jika anda mempunyai watak kegemaran anda dari permainan lain yang anda inginkan di dalam Tekken 7. Anda bolehlah membalas tweet ini. Mana tahu idea anda akan menjadi kenyataan?

Tekken 7 akan menemui peminat pada 2 Jun tahun ini untuk platfrom PC, PS4 dan Xbox One.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.