Ulasan

TEKKEN 7: WATAK TERBAIK UNTUK DICUBA OLEH PEMAIN BARU SEPERTI ANDA

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Jika anda menganggap Ryu adalah watak terhebat di dalam permainan Street Fighter, maka permainan Tekken 7 juga mempunyai Ryu mereka yang tersendiri.

Cuma permainan Tekken 7 ini adalah unik berbanding dengan Street Fighter kerana setiap watak di dalam permainan ini mempunyai karekter dan kekuatan masing-masing.

Jujur kami katakan, tidak kira siapa pun watak yang anda pilih di dalam Tekken 7, corak pergerakan dan pertahanan adalah aspek yang paling penting untuk dipelajari. Walaupun setiap watak mempunyai kelebihan yang tersendiri, tidak guna juga jika anda tidak pandai menggunakan kelebihan mereka.

Di sini, kami senaraikan watak-watak pilihan kami yang perlu dicuba oleh anda sekiranya anda baru sahaja menceburi bidang permainan Tekken ini.

Adakah anda bersetuju dengan pilihan kami? Sekiranya anda ada pendapat lain sila lontarkan di ruangan di bawah.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

STEVE FOX

Image result for steve fox gif

Jika ada yang baru berjinak dengan permainan Tekken ini pasti tidak berapa kenal dengan Steve Fox, Steve Fox merupakan watak paling terkenal di dalam siri Tekken dengan tumbukan padu dan gaya seni boxing dari beliau.

Walaupun tidak boleh menendang, maka setiap butang yang selalunya digunakan untuk serangan kaki akan digantikan kepada mengelak serangan lawan.

HWOARANG

Image result for hwoarang tekken 7

Hwoarang pertama kali diperkenalkan pada Tekken 3 dan dia merupakan seorang anak murid Baek Doo San. Dari sejak pertama kali dia dikeluarkan, dia telah menjadi nama besar di dalam siri Tekken.

Jika anda seorang pemain baru kemungkinan besar anda akan memilihnya kerana kombo menarik dan serangan bertubi menggunakan kaki akan menjadikan ianya satu permainan mudah bagi pemain baru. 

BRYAN FURY

Image result for BRYAN FURY gif

Watak ini mempunyai sifat kejam dan selalu tersenyum nakal. Dia antara pengamal seni bela diri lebih kurang seperti boxing tetapi Bryan menggunakan kaki.

Dia lebih suka melihat orang lain merana dari melihat orang lain gembira, dan dia juga adalah pengkhianat dan jenis tidak kenang budi. 

KAZUYA MISHIMA

Image result for KAZUYA MISHIMA gif

Anak kepada Heihachi dan bapa kepada Jin ini antara watak protagonis di dalam siri Tekken. Kazuya telah mendapat kuasa baru dari Devil Gene dan membuatkan dia mampu untuk berubah menjadi pahlawan yang lebih kuat dari bapanya.

KING

Image result for king tekken 7 gif

King antara ikon yang popular di dalam siri Tekken sejak pertama kali siri ini dikeluarkan. King yang menggunakan cara berlawan seperti seorang penggusti profesional dan memakai topeng Jaguar dari dulu lagi.

Jika anda berminat bermain menggunakan King anda perlu bersabar dan menunggu saat yang sesuai untuk melawan, jadi sementara anda bertahan anda perlu mengelak serangan dan jangan gelojoh. 

MARSHALL LAW

Image result for MARSHALL LAW tekken 7

Jika ditanya siapa Law di dalam siri Tekken pasti ramai yang tahu kerana watak ini antara watak yang paling awal diperkenalkan dan Law antara kawan rapat kepada Phoenix.

Gaya berlawan yang menyerupai Bruce Lee ini mempunyai pergerakan yang pantas menjadikan dia mudah untuk melakukan serangan atas atau bawah dengan laju.

ELIZA

Image result for ELIZA tekken 7 gif

Ketika Eliza pertama kali diperkenalkan ialah pada permainan Tekken Revolution untuk platform PS3. Eliza adalah seorang pontianak.

Latar belakang Eliza si pontianak ini bahawa dia telah tertidur selama 600 tahun jadi selepas dia bangun dari tidurnya dia mendapati kuasa dalam diri sudah tidak seperti dulu.

Jadi apa perlu dilakukan dia perlu menghirup darah manusia yang mempunyai kuasa yang luar biasa.

NINA WILLIAMS

Image result for NINA WILLIAMS tekken 7 gif

Nina memainkan watak pembunuh di dalam siri Tekken dan dia dikawal oleh Ogre untuk menjadikan dia seorang pembunuh yang tidak berperasaan.

Nina berlawan menggunakan cara seni bela diri Aikido British. Walaupun Nina ini cantik dan menarik minat lelaki, haruslah diingat bahawa Nina amat benci terhadap lelaki.

Kalau Nina tidak suka dengan lelaki mungkin anda boleh mencuba mengorat adiknya iaitu Anna Williams. 

BOB

 Image result for BOB tekken 7 gif

Nama sebenar adalah Robert Richard. Apa nak buat, asal badan besar sahaja terus dipanggil Bob.

Bob pertama kalinya diperkenalkan dalam permainan Tekken 6 dan terdapat 2 versi untuk Bob ini satu versi gempal dan satu versi kurus. Versi kurus boleh dimainkan di dalam Tekken Tag.

Walaupun dia kelihatan agak gempak dan sudah mencapai tahap obesiti, tetapi cara dia berlawan tidak sama seperti digambarkan dengan badannya. Dia juga mempunyai serangan yang menarik seperti menyondol pihak lawan menggunakan perut dan berguling. 

AKUMA

Image result for AKUMA tekken 7 gif

Watak yang terkenal daripada permainan Street Fighter ini iaitu Akuma mengekalkan sebahagian besar cara berlawan dari siri Street Fighter. Dia dapat melakukan Hadokens, Goshoryuken, Tatsumaki Zankukyaku, Hyakkishu dan Ashura Senku.

Dia juga mengekalkan Messatsu Gou Hadou sebagai Super Move dan Demon Raging sebagai Rage dia. 

Jadi, siapakah pemain pilihan anda di dalam Tekken 7 ini nanti? Pastikan pilihan anda tepat kerana anda tidak mahu pulang dengan wajah yang suram dan durja.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.