Android & iOS

Tekken Diumumkan Untuk iOS dan Android Beserta Treler Permainan Tersebut

Diolah oleh hang92

Bandai Namco telah mengumumkan permainan Tekken terbaru mereka yang secara ekslusif didatangkan untuk platform iOS dan Android. Permainan ini diberikan tajuk Tekken. 

Pemain akan berupaya untuk mengumpul lebih daripada 100 watak yang ditawarkan di dalam permainan itu. Setiap watak akan mempunyai kombo unik yang anda boleh campursuaikan dengan naiktaraf di dalam permainan tersebut.

Permainan Tekken ini juga akan menawarkan pelbagai mod permainan lain seperti:

  • Mod Cerita
  • Cabaran Dojo
  • Acara Siaran Langsung

Di dalam mod cerita, anda boleh memilih tiga watak yang akan membantu Kazuya Mishima dan Nina Williams menentang musuh yang hebat iaitu Revenant, di mana watak ini telah dicipta khas untuk permainan mudah alih Tekken ini

Cabaran Dojo pula merupakan perlawanan yang dimainkan di atas talian. Anda perlu memuat naik gaya anda berlawan dengan AI (artificial inteligence), di mana AI ini akan mempertahankan dojo anda daripada dicerobohi oleh musuh.

Acara Siaran Langsung pula adalah cabaran yang akan ditawarkan kepada pengguna pada setiap hari, minggu dan setiap bulan.

Pemain boleh membuat pra pendaftaran di  laman web rasmi Tekken, jika terdapat cukup pemain yang mendaftar untuk permainan ini, Bandai Namco akan menganugerahkan kepada semua pemain pelbagai saguhati dan ganjaran semasa pelancaran permainan ini kelak.

Baca Juga: Tutorial Tekken 7: Bagaimana Menggunakan Kombo Bahagian 1

Anda boleh menyaksikan treler rasmi untuk permainan tersebut di bawah ini.

Tekken boleh didapati pada iOS dan Android. Tarikh pelancaran rasmi masih lagi belum diumumkan. Kami akan kemaskini daripada semasa ke semasa.

Malangnya, permainan ini tidak akan menyokong telefon iPhone 6 dan ke bawah, atau telefon Android yang mempunyai kurang daripada memori 1GB.

sumber: dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.