Android & iOS

Tencent Akan Mengehadkan Jumlah Masa Bermain Honor of Kings

honorofkings
Diolah oleh hang92

Tencent, syarikat gergasi internet di China telah mengumumkan pada minggu ini bahawa mereka akan mengehadkan masa untuk kanak-kanak bermain ‘permainan dengan kutipan wang tertinggi di dunia’ Honor of Kings kerana risau kanak-kanak ini menjadi ketagih yang melampau.

Dalam laporan Reuters ada menyebut, syarikat gergasi internet China ini akan mula mengehadkan masa untuk pengguna yang di bawah umur 18 tahun. Pemain dibawah 12 tahun akan dihadkan hanya 1 jam sehari dan akan disekat bermain permainan ini selepas pukul 9PM. Pemain di antara 12 hingga 18 tahun pula mempunyai had selama 2 jam sehari sahaja.

MAKLUMBALAS NEGATIF

Pengumuman ini telah menjemput banyak aduan daripada kanak-kanak yang bermain Honor of Kings, di mana permainan ini mempunyai lebih dari 200 juta pemain setiap hari.  Mengikut Bloombergpengumuman ini akan menyebabkan aura permainan semakin lemah dan akan mengurangkan nilai semasa permainan ini.

“Sebenarnya tidak ada undang-undang yang melarang permainan telefon mudah alih ini daripada dimainkan di China, tetapi kami telah membuat keputusan untuk menjadi pihak yang pertama untuk mengurangkan rasa bimbang di kalangan ibu bapa dengan mengehadkan jumlah masa bermain” – kata Tencent di dalam pengumuman terbaru mereka.

Untuk pengetahuan anda, saham Tencent jatuh sebanyak 5.1% sejurus selepas pengumuman ini.

Kami tidak pasti samada langkah ini akan turut dikenakan hanya pada China atau negara lain. Cuma sebelum ini kita tahu bahawa Korea Selatan telah mengenakan langkah yang serupa terhadap permainan konsol Playstation pada tahun 2011. Larangan ini berupa pemain di bawah 16 tahun tidak boleh bermain Playstation daripada 12 tengah malam sehingga 6AM.

Syarikat Tencent akan mewajibkan semua pemain untuk mendaftarkan nama sebenar mereka, bagi yang tidak menggunakan nama sebenar, mereka akan diletakkan di bawah golongan bawah 12 tahun.

Jadi, anda sebagai ibu bapa, adakah anda akan menyokong tindakan serupa ini lalu dikuatkuasa di Malaysia? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

sumber: TheVerge

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.