Berita

[TERBARU] Permainan PS4 Akan Dilancarkan Di PS Now

Diolah oleh hang92

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan streaming Sony PlayStation Now hanya disokong oleh hanya dua platform sahaja iaitu PC dan PS4.

Tetapi apa yang kami dapati perpustakaan permainan PS Now agak lemah daripada segi jumlah permainan terbaru berbeza dengan pesaingnya Xbox Game Pass.

Hari ini, Sony mengumumkan bahawa permainan PS4 akan datang untuk PlayStation Now berbanding hanya permainan PS3 sahaja untuk terdahulu.

Permainan PS4 pada PlayStation Now membolehkan pengguna untuk bermain terus permainan secara streaming terus ke dalam konsol mereka tanpa keperluan untuk membeli cakera atau muat turun.

Malangnya, Sony tidak ada menyebut bila tarikh sebenar permainan atau sebarang petunjuk permainan apa yang akan disediakan majlis pelancaran akan datang.

Anda juga perlu untuk melanggan PS Now. Untuk berbuat demikian, pergi ke laman web PS Now dan klik ‘Start your trial’.

Jika difikir balik, jika permainan PS3 dan PS4 digabungkan ke dalam 1 konsol tidakkah itu bermakna kita mempunyai 2 konsol secara tak langsung?

Langganan PS Now berharga $ 19.99 (~ RM 88.90) sebulan untuk akses tanpa had ke semua permainan.

Buat masa ini, harapan kita bahawa ialah supaya permainan ekslusif utama mereka seperti Bloodborne dan Horizon: Zero Dawn dapat dimainkan secepat yang mungkin tanpa membeli cakera atau sebarang muat turun. Lebih cepat lebih baik.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.