Berita

Terengganu FA Adalah Pasukan Liga Malaysia Pertama Yang Akan Mempunyai Pasukan E-Sukan

Diolah oleh Konsol

Jika 20 tahun yang lepas anda bertanyakan tentang cita-cita kanak-kanak sekolah, kami percaya anda akan mendengar bahaw mereka menjadikan pemain bola sepak sebagai cita-cita. Ini kerana ketika zaman itu, kita mempunyai ramai bintang-bintang bola sepak tanah air yang menjadi idola anak-anak kecil seperti Rusdi Suparman, David Michelle, Azman Adnan dan ramai lagi.

Tetapi kini dan di masa yang akan datang kami percaya senario cita-cita kanak-kanak akan berubah mengikut peredaran zaman. Mungkin selepas ini kita akan acap kali mendengar bahawa kanak-kanak ingin menjadikan permainan video sebagai cita-cita dan kerjaya profesional.

Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak pasukan liga bola sepak dunia yang telah menyertai arena E-Sukan dan termasuklah pasukan dari liga Malaysia sendiri.

Ya! Baru-baru ini, pasukan bola sepak Terengganu telah pun mengumumkan bahawa mereka akan menjadi pasukan pertama di liga Malaysia yang akan menubuhkan pasukan E-Sukan mereka sendiri.

Ini terbukti bukan hanya omong kosong, kerana pada hari sabtu yang lepas, pasukan Terengganu telah pun melakukan pemilihan pemain untuk mewakili pasukan E-Sukan mereka pada 2018 kelak.

Pada pemilihan kali ini, setiap calon telah pun berentap didalam permainan video bola sepak paling terkenal didunia iaitu Fifa. Seramai 3 orang pemain telah berjaya dipilih selepas pemilihan yang dilakukan, mereka ialah Roy, TokBomoh dan Aiman.

Ketiga-tiga pemain pasukan E-Sukan Terengganu ini akan dijadualkan untuk menyertai acara Red Bull Coliseum Season 2 kelak, juga mereka akan mengalas nama dan tanggungjawab bagi seluruh rakyat Terengganu khususnya pada pusingan kelayakkan Asia Tenggara untuk FIFA Online 3.

Dahulu, ketika kami mula-mula menubuhkan konsol.my, banyak kali telah kami katakan bahawa permainan video akan menjadi “the next big thing” pada tahun-tahun yang akan datang. Ini kerana kami amat percaya permainan video bukan sekadar hiburan dan hobi semata-mata. Bahkan jika ia dilentur dengan penuh cermat, nescaya hasil yang lumayan bakal dapat dituai 🙂

Apa kata anda? kongsikan pendapat anda bersama kami.

Sumber: Lowyat.net

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia