Berita

[TERKINI] FIFA 18 Akan Berada di PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur!

Diolah oleh hang92

Terkini, pihak penganjur PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur berkata permainan ini akan dibawakan ke dalam acara ini.

Permainan ini boleh mula didapati pada 29 September 2017. Namun pihak penganjur PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur sudah bersedia untuk membawa kepada anda permainan bolasepak FIFA 18 ini di KL Live pada 5 Ogos ini.

Permainan ini dibintangi oleh muka kacak Cristiano Ronaldo iaitu pemain yang penuh bergaya dan terkenal dari kelab Real Madrid dan juga pemenang Anugerah Pemain Terbaik Piala FIFA

FIFA 18 akan dijana menggunakan enjin Frostbite, dimana akan membawa permainan bolasepak ini seakan-akan dunia sebenar bolasepak. Brrr

Baca jugaPlaystation Akan Mengadakan Acara PlayStation Experience 2017 Di KL Live Pada 5 Ogos Ini

Setakat hari ini, permainan yang telah disahkan untuk berada di acara PlayStation Experience 2017 Kuala Lumpur adalah seperti;

Sony Interactive Entertainment Inc.

  1. Bravo Team VR
  2. Everybody’s Golf
  3. Detroit: Become Human
  4. Gran Turismo Sport
  5. Knack 2
  6. Matterfall
  7. No Heroes Allowed! VR
  8. The Inpatient VR
  9. Stifled (Baru diumumkan)

Ubisoft

  1. Far Cry 5

Bandai Namco Entertainment Asia

  1. Ni No Kuni II: Revenant Kingdom
  2. Taiko no Tatsujin: Drum Session!
  3. Dragonball FighterZ (Baru diumumkan)

Electronic Arts 

  1. FIFA 18 (Baru diumumkan)

sumber: Playstation Asia

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.