Berita

That’s You!: Permainan Keluarga Yang Menggabungkan PS4 Dan Telefon Bimbit

Diolah oleh hang92

Sony telah menunjukkan satu lagi permainan yang menggunakan platform permainan sosial PlayLink yang baru iaitu That’s You!

That’s You! adalah permainan baru bertemakan parti yang membolehkan pemain bersaing dengan satu sama lain menggunakan cabaran dan pemain perlu menggunakan telefon pintar dan tablet sebagai peranti asas untuk bermain.

Permainan lain yang menggunakan platform Sony PlayLink – menumpukan kepada permainan sosial yang menggabungkan penggunaan PS4 dan peranti mudah alih, termasuk Hidden Agenda, SingStar, Frantics, dan Knowledge is Power.

That’s You! akan dikeluarkan pada 4 Julai 2017, untuk PlayStation 4.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.