Berita

The Artful Escape dan The Last Night: Dua Permainan Indie Eksklusif Untuk Xbox

Diolah oleh hang92

Semasa persidangan E3 oleh Microsoft, dua permainan indie iaitu The Last Night dan The Artful Escape diumumkan serentak untuk keluaran konsol pada Xbox One sebagai permainan konsol eksklusif.

The Last Night adalah merupakan kisah pengembaraan watak cyberpunk di dalam sebuah kota yang penuh dengan kemaksiatan, dan ditimpa hujan yang seolah-olah tidak akan berhenti.

Permainan The Artful Escape pula kelihatan agak berwarna-warni melalui dunia pengembaraan seolah seperti bercirikan platform. Ingatkan permainan Guitar Hero masa mula-mula tengok treler.

Walaupun kedua-dua tajuk ini masih dalam pembangunan, ini merupakan kali pertama mereka diumumkan untuk permainan eksklusif Xbox One.

Tarikh keluaran untuk kedua permainan ini masih belum diumumkan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.