Berita

Permainan Seram Buatan Korea Selatan The Coma: Recut Diperkenalkan Pada Umum

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, pembikin permainan seram yang berasal daripada, Seoul, Korea Selatan, Devespresso Games telah mengumumkan  permainan seram The Coma: Recut, versi remaster permainan seram Korea 2D The Coma: Cutting Class, untuk PS4.

Untuk pengetahuan anda, The Coma: Cutting Class merupakan permainan yang dikeluarkan pada tahun 2015 untuk PC dan Mac, permainan ini mendapat pujian yang sangat positif daripada pengguna Steam.

Permainan ini berlatarbelakangkan sekolah yang telah ditinggalkan dan anda harus berlari dan menyorok di dalam permainan ini. Anda akan bermain sebagai Youngho dan harus mencari jalan untuk mengelak seberapa banyak bahaya termasuk rakan sekolah dan guru yang telah bertukar menjadi hantu.

Di bawah, anda boleh saksikan treler terbaru permainan ini. Tarikh keluaran masih lagi belum diumumkan.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.