Berita

The Crew 2: Perlumbaan Melibatkan Kereta, Motosikal, Bot Dan Pesawat

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Di majlis E3 tahun ini, penerbit Ubisoft telah mendedahkan The Crew 2, akan hadir ke pasaran pada awal tahun 2018.

The Crew 2 akan menampilkan pelbagai jenis kereta, motosikal, bot dan pesawat di dalam “dunia terbuka yang menyeronokkan pernah dicipta.

Pemain akan bertemu empat keluarga sukan permotoran yang berbeza di seluruh negara, termasuk pelumba gaya bebas, pelumba jalanan, pelumba professional, dan pelumba jalan lasak.

Menurut Ubisoft, setiap keluarga akan mempunyai ibu pejabat sendiri di mana pemain akan boleh bertemu dengan pemain lain, membeli, mengumpul dan mengubahsuai kenderaan.

Anda boleh menontot treler pengumuman bersama dengan paparan skrin di bawah:

The Crew 2 akan datang pada awal 2018 untuk PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.