Berita

The Disney Afternoon Collection Membawa Kenangan Kanak-kanak Untuk PS4

Diolah oleh hang92

Bagi yang lahir pada tahun 80-an, anda mesti ingat watak-watak permainan yang pernah anda mainkan ini. Seperti contoh, Chip and Dale yang tidak hanya terhad kepada siri kartun animasi tetapi juga terdapat dalam bentuk permainan.

Capcom telah mengumumkan The Disney Afternoon Collection, walaupun nama yang agak sarkastik digunakan untuk golongan belia ini namun sebenarnya bunyinya boleh diterima.

Pada dasarnya ia adalah satu kompilasi PlayStation 4 untuk enam permainan klasik tetapi telah dikemaskini dengan visual 1080p, dan ia akan dilancarkan pada 18 April kelak untuk harga RM 88.70.
Berikut adalah senarai permainan yang anda akan dapatkan ;

Chip ‘n Dale Rescue Rangers : permainan klasik ini membolehkan pemain bekerjasama dengan rakan dan bermain secara co-op. Misi utama ialah Chip dan Dale akan menentang penjahat Fat Cat dan cuba untuk menyelesaikan misteri anak kucing yang hilang.

Chip ‘n Dale Rescue Rangers 2 : Fat Cat telah melarikan diri dan rancangannya adalah lebih jahat pada masa ini. Watak wira seperti Monterey Jack, Gadget, dan Zipper mesti menghentikan Fat Cat dari menguasai dunia!

Darkwing Duck : Bermain sebagai hero dan berjuang di dalam bandar yang penuh dengan penjenayah daripada geng F.O.W.L. yang terkenal.

DuckTales : Dalam pengembaraan berasaskan platform ini, pemain akan membantu Scrooge McDuck mengisi poketnya dengan harta kekayaan dari seluruh dunia.

DuckTales 2: Merupakan sekuel kepada permainan asal dan lebih padat dengan aksi yang dimainkan di lokasi yang baru seperti Bermuda Triangle dan Niagara Falls!

TaleSpin : Terbang ke langit sebagai Baloo si beruang untuk mengemudi pesawat melalui lokasi eksotik dan berbahaya di udara!

Setiap permainan akan didatangkan dengan pilihan visual samada anda lebih berminat untuk bermain pada visual asal atau secara definisi tinggi.

Ada juga penambahan mod seperti Boss Rush dan Time Rush. Selain itu ada juga galeri untuk diterokai. Chip chip chip n Dale, Rescue Rangers!

sumber : pushsquare

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Bonus

atau ini?