Android & iOS

The Elder Scrolls: Legends Kini Sudah Boleh Didapati Pada Android & iOS

Diolah oleh hang92

Semua orang tahu bahawa permainan epik The Elder Scrolls: Legends boleh dimainkan pada platform PC dan tablet mulai awal tahun ini. Atas permintaan ramai, permainan ini sudah boleh dimainkan pula pada platform telefon mudah alih anda pula.

Pelancaran untuk platform telefon mudah alih ini diumumkan selepas sebulan pelancaran DLC pertama permainan The Elder Scrolls: Legends iaitu Heroes of Skyrim.

Anda boleh saksikan video treler permainan yang bertemakan permainan kad ini dibawah.

Muat turun di sini jika anda pengguna Android

Muat turun di sini jika anda pengguna iOS

Permainan kad The Elder Scrolls: Legends adalah percuma, tetapi untuk mencuba Heroes of Skyrim anda perlu mengeluarkan duit untuk membelinya. Permainan ini juga mempunyai jalan cerita untuk pemain tunggal dan juga mod untuk anda berlawan dengan rakan-rakan anda.

Selamat mencuba!

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.