Berita

The Elder Scrolls Online Percuma Untuk Dimainkan Selama Seminggu; Diskaun Untuk Permainan Penuh

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

The Elder Scrolls Online. MMORPG yang berdasarkan siri Elder Scroll yang popular, tidak lama lagi akan menerima major expansion, tetapi jika anda masih belum menerokai Tamriel, anda berpeluang untuk berbuat demikian secara percuma minggu ini.

Bethesda telah mengesahkan bahawa The Elder Scrolls Online boleh dimainkan secara percuma mulai hari ini, 11 April sehingga 18 April. Semua pemain yang bermain semasa Free Play Week ini juga boleh memindahkan game progress ke dalam permainan penuh. Permainan ini juga akan mendapat diskaun sepanjang Free Play Week ini.

Ciri dalam permainan lain yang ditawarkan:

  • Selain itu pemain juga akan memperolehi akses penuh untuk The Elder Scrolls Online: Tamriel. Pemain berpeluang melakukan eksplorasi peta dunia yang terbuka luas tanpa had.
  • Pemain akan mendapat 500 Crowns untuk dibelanjakan di Crown Store.
  • Pengekalan Progress: Mana-mana watak yang dicipta, pembelian Crown Packs, atau pembelian barangan di Crown Store, serta apa-apa progress yang dicapai semasa Free Play Week akan dikekalkan apabila pemain membeli permainan ini.
  • Semasa Free Play Week ini, pemain akan menikmati harga diskaun untuk kedua-dua permainan The Elder Scrolls Online: Tamriel Unlimited atau The Elder Scrolls Online: Gold Edition, dan juga empat DLC pek utama: Imperial City, Orsinium, Thieves Guild, dan The Dark Brotherhood.

The Elder Scrolls Online sudah berada di pasaran untuk platfrom PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.