Berita

The Evil Within 2: Akan Datang Menakutkan Anda Pada 13 Oktober Ini

Diolah oleh hang92

The Evil Within 2 telah diumumkan pada persidangan E3 2017. Bethesda mengesahkan khabar angin sebelum ini dengan mengumumkan bahawa permainan pengembaraan-seram ini akan dikeluarkan pada 13 Oktober.

The Evil Within 2 akan dilancarkan untuk platform PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Seperti permainan pertama, permainan ini dibangunkan oleh Tango Gameworks milik Bethesda daripada Jepun. Studio ini juga menghasilkan permainan lain seperti Resident Evil.

Di dalam permainan ini, anda akan menyelamatkan anak perempuan anda, Lily. Ada juga misi-misi lain untuk turut menyelamatkan watak-watak lain dalam permainan ini.

Pengumuman rasmi pada hari ini bukan satu kejutan besar sebenarnya, kerana The Evil Within 2 telah dikhabarkan untuk sekurang-kurangnya setahun yang lepas.

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.