Berita

The Evil Within 2 Memperlihatkan Video Permainan Untuk Misi Sampingan

the-evil-within-2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Penerbit Bethesda telah mengeluarkan treler jalan cerita untuk pemaju Tango Gameworks untuk permainan survival yang akan datang – The Evil Within 2 beberapa minggu yang lalu. Kini video terbaru telah muncul di atas talian yang memfokuskan kepada misi sampingan dalam permainan yang menampilkan ciri-ciri protagonis Sebastian, dalam melakukan serangan hendap.

Seperti yang dilihat dalam video di bawah, peminat The Evil Within 2 diperlihatkan sebahagian daripada misi sampingan permainan dari Chapter 3, dengan Sebastian menjejaki sumber suara seorang gadis dengan bantuan Communicator.

Walaupun sebahagian besar video di atas memfokuskan kepada Sebastian dalam percubaannya untuk merungkai misteri di sebalik entiti paranormal yang cuba membunuhnya, tidak ada tindakan aksi yang banyak untuk dimainkan di dalam senario ini selain daripada ketakutan dan kejutan yang berterusan.

Bagi anda yang ingin melihat cara pertempuran dan pertarungan, ianya dapat dilihat sekitar penhujung video ini.

The Evil Within 2 pastinya merupakan salah satu permainan seram yang paling dinanti-nantikan untuk tahun ini, dengan peningkatan populariti permainan bergenre seram seperti Residen Evil 7, Friday the 13th: The Game, dan Outlast 2.

The Evil Within 2 dijadualkan hadir ke pasaran pada 13 Oktober 2017 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

Sumber: GameRant

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

The Evil Within 2: Sedikit Sedutan Jalan Permainan Yang Menakutkan Ini

The Evil Within 2: Akan Datang Menakutkan Anda Pada 13 Oktober Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.