Ulasan

The Evil Within 2: Sedikit Sedutan Jalan Permainan Yang Menakutkan Ini

Diolah oleh hang92

Satu-satunya jalan untuk keluar.. adalah dengan memasukinya

Permainan yang dinanti-nantikan oleh kita semua oleh Bethesda iaitu The Evil Within 2 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Dengan ehsan Bethesda, mereka telah bermurah hati untuk berkongsi sedutan jalan permainan yang terlalu seram bagi kami. Treler ini pastinya akan menarik perhatian dan membangkitkan selera kepada peminat tegar permainan seram.

Anda akan bermain sebagai Detective Sebastian Castellanos. Anda diberi peluang untuk menyelamatkan anak perempuan anda tetapi dengan syarat, anda mesti memasuki dunia yang dipenuhi dengan makhluk ngeri dan meneroka misteri di sebuah bandar untuk membawa anak anda pulang.

Sentiasa akan ada ancaman yang menakutkan muncul dari setiap sudut dimana anda akan menghadapi kesukaran yang maksima.

Satu-satunya jalan untuk keluar adalah untuk memasukinya.

sumber: bloody-disgusting

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.