Ura-ura

The Inpatient: Meneroka Pusat Rawatan Mental Menggunakan VR

Diolah oleh hang92

Supermassive Games nampaknya sedikit sibuk kebelakangan ini, baru sahaja kami menerbitkan artikel tentang permainan Bravo Team, mereka keluarkan lagi tajuk permainan PSVR yang lain iaitu Inpatient.

Permainan ini nampaknya adalah eksklusif untuk PlayStation VR. Dan seperti biasa, tiada lagi tarikh pengeluaran bila permainan ini akan dikeluarkan.

Kita masih tidak tahu banyak perkara lagi tentang hal ini, tetapi yang pasti sekiranya anda menyaksikan video acah -mereka, anda akan berada di dalam pusat rawatan mental di mana macam-macam perkara boleh terjadi.

Adakah permainan ini berkisarkan pengalaman seram anda di dalam pusat rawatan mental tersebut? Atau adakah permainan ini mengisahkan tutorial seorang jururawat yang menjaga pesakit? Kita nantikan bersama.

sumber: engadget

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.