Berita

The King of Fighters 2000 Akan Dilancarkan Pada Nintendo Switch

Diolah oleh hang92

Nampaknya permainan yang berasal konsol klasik Neo Geo ini boleh dimainkan pada Nintendo Switch. The European eShop telah memberi petunjuk bahawa permainan the King of Fighters 2000 yang dibangunkan oleh ACA NEO GEO ini akan dilancarkan pada konsol hibrid tersebut tidak lama lagi.

The King of Fighters 2000 ini merupakan permainan yang diperhalusi semula selepas permainan The King of Fighters ’99 dilancarkan pada tahun sebelumnya. Permainan ini juga memperkenalkan sistem Striker Match terbaharu.

Untuk pengetahuan anda, The King of Fighters 2000 merupakan projek terakhir yang dibuat oleh SNK sebelum syarikat tersebut dilanda kebankrapan (siri KOF seterusnya dihasilkan oleh syarikat lain iaitu Eolith).

The King of Fighters 2000, boleh didapat di Nintendo eShop bermula daripada 10 Ogos ini.

Untuk kita mengenang semula permainan ini, apakata kita saksikan video intro KOF 2000 yang telah dibikin pada tahun 2000 dahulu

Sumber: Siliconera

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.