Imbasan

THE LAST GUARDIAN – PENANTIAN SELAMA 6 TAHUN KINI BERAKHIR

Diolah oleh Along Naz

Inilah masa dan peluang untuk membelai seekor griffin!

The Last Guardian bukanlah suatu permainan tentang teka-teki untuk melepasi sesuatu cabaran, ianya lebih kepada tentang hubungan istimewa yang mewujudkan emosi antara seekor griffin dan seorang budak lelaki.

Untuk permainan ini, anda tidak perlu meletakkan harapan yang tinggi aspek teknikal dan teknologi permainan di mana rata-rata komen penulis blog permainan terkenal adalah sederhana. Tetapi anda boleh meletakkan satu aras tinggi untuk pengalaman permainan yang amat menghiburkan ini. Griffin tersebut pasti akan menarik perhatian anda dengan membina pengalaman istimewa terhadap pemain dan seterusnya akan menjadi suatu proses emosi yang tidak ternilai.

Di suatu negeri yang aneh dan mistik, seorang anak muda menjumpai suatu makhluk misteri di mana makhluk itu membentuk tulang yang sangat kuat. Anda sebagai anak muda berkenaan perlu bergantung antara satu sama lain sepanjang perjalanan dengan melalui runtuhan bangunan serta bahaya lain yang tidak diketahui.

Alami sendiri perjalanan yang penuh dengan emosi, nilai persahabatan dan kepercayaan. Temui juga binatang buas yang menakjubkan bernama Trico yang berperanan sebagai sabahat dan pelindung anda.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.