Pilihan Kami Ura-ura

The Last of Us Part II : Dijangkakan Akan Menjadi Lebih Luar Biasa Dari Sebelumnya

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Tidak dapat dinafikan bahawa The Last of Us 2 adalah salah satu permainan yang dinanti-nantikan dengan pelbagai spekulasi dan ura-ura yang timbul berkaitan permainan video ini.

Walaupun masih samar bagaimanakah jalan cerita untuk The Last of Us 2, presiden Naughty Dog, Evan Wells meyakinkan peminat bahawa permainan sekuel ini akan membuatkan penantian peminat adalah satu penantian yang sangat berbaloi.

Naughty Dog juga akan memastikan The Last of Us 2 akan menjadi lebih baik daripada The Last of Us yang pertama dan akan mempunyai jalan cerita yang lebih berat dan serius.

Sebelum The Last of Us 2 diumumkan lagi, sudah terdapat banyak ura-ura tentang jalan cerita permainan ini. The Last of Us yang pertama cukup terkenal dengan permainan yang menawarkan jalan cerita yang sangat menarik, penuh dengan emosi dan cukup mendebarkan.

Baca di sini untuk reviu retrospektif The Last of Us

Walau bagaimanapun, apabila The Last of Us 2 diumumkan semasa acara PlayStation Experience Disember lalu. Ura-ura mula beredar di atas talian yang mengatakan kemungkinan watak kegemaran ramai, Joel akan menemui ajal di dalam The Last of Us 2.

Selepas Naughty Dog mengeluarkan treler The Last of Us 2 yang menunjukkan kelibat samar Joel dan Ellie yang berlumuran darah. Ramai yang percaya bahawa itu adalah halusinasi atau mimpi Ellie dan kematian Joel adalah sebab utama Ellie kini penuh dengan amarah dan keinginan tinggi untuk membalas dendam.

Walaupun ada banyak teori lain mengenai The Last of Us 2, termasuk ada ura-ura yang mengatakan bahawa Fireflies telah membunuh kekasih Ellie dan Ellie berbadan dua diluar kehendak dia sendiri.

Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa teori yang masih paling popular hingga ke hari ini adalah kematian Joel.

Kalau betul teori ni makanya pengakhiran watak Joel kebetulan pula dengan pengakhiran dalam filem Logan baru-baru ini.

Baca di pautan ini jika anda ingin membaca tentang persamaan permainan The Last of Us dan filem Logan.

Sejauh mana kebenaran tentang teori untuk The Last of Us 2 ini? Boleh dikatakan ianya masih samar. Walau apapun peminat boleh menjangkakan bahawa sekuel ini akan menjadi satu penantian yang cukup berbaloi.

Ia akan menjadi satu permainan yang hebat, saya pernah mendengar pembentangan cerita ini dari Neil (penulis skrip dan pengarah permainan) baru-baru ini … ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa.” Wells memberitahu Game Informer baru-baru ini.

Naughty Dog setakat ini masih belum membuat sebarang pengumuman berkaitan tarikh pelancaran The Last of Us 2

Harap anda dapat bersabar. Insan yang dapat bersabar adalah insan yang cemerlang.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.