Imbasan

THE LAST OF US REMASTERED

Diolah oleh Along Naz

Anda masih lagi ingat permainan ini? Walaupun permainan ini telah lama berada dalam pasaran iaitu pada Ogos 2014, namun kami rasa kami patut berkongsi dengan anda kerana fenomenanya dahulu.

Kami bawakan THE LAST OF US REMASTERED kepada anda kerana permainan ini merupakan antara permainan yang mendapat ‘rating’ tertinggi di kalangan pemainnya.

Adakah anda sebahagian daripada statistik “The Last of Us”?

Baca di sini untuk mengetahui persamaan filem Logan dan permainan The Last of Us

Apabila anda sedar bahawa dunia yang anda kenali tidak lagi wujud , anda berada di persimpangan yang mana anda keliru anda berada di jalan yang benar, atau jalan yang salah? Dan setiap keputusan anda adalah bertentangan dengan norma realiti kehidupan yang sebenar.

Membuatkan anda terus tertanya- tanya pada diri sendiri apakah yang perlu dilakukan untuk terus hidup?

Joel, seorang penyeludup di dalam pasaran gelap yang mengawal kawasan Quaranthine Zone, setiap hari yang dilaluinya merupakan hari –hari yang penting dalam hidupnya.

Tetapi apabila seorang remaja, Ellie muncul dalam hidupnya, kedua-duanya perlu merentasi sebuah  lanskap yang terbiar di Amerika di mana tindakan itu telah memaksa mereka mengikut dasar perikemanusian pada tahap tertinggi.

Dunia mereka telah berubah, kini dunia anda juga akan berubah!

Tarikh pelancaran : 12 Ogos 2014

Genre : Aksi / Pengembaraan

sumber : store.playstation.com

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.