Berita

The Long Dark : Survival RPG Ini Akan Hadir ke PS4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

PC dan Xbox One sudah mendapat Early Access untuk permainan video RPG bertemakan survivor di hutan belantara bertajuk The Long Dark sebelum ini. Tetapi penerbit permainan, Hinterland Studios, telah mengumumkan permainan ini akan hadir ke PS4 tidak lama lagi.

Permainan ini akan hadir ke PS4 pada 1 Ogos dan pada tarikh tersebut juga ketiga-tiga platfrom PC, Xbox One dah PS4 akan mendapat akses untuk dua episod pertama mod cerita yang bertajuk “Wintermute.”

Penerbit permainan ini mengambil inspirasi daripada Cormac McCarthy’s The Road, novel pasca-apokaliptik tentang hubungan antara seorang bapa dan anak.

Dalam Wintermute, dua watak – Will Mackenzie dan Astrid Greenwood, terpisah di dalam hutan belantara di Northern Canadian selepas kapal terbang mereka terhempas akibat “bencana geomagnetik.”

Pada dua episod pertama ini, penerbit menjangka pemain akan mengambil masa 6 hingga ke 10 jam untuk menghabiskannya. Pemain akan mengawal watak Mackenzie yang harus terus hidup dalam tempoh yang agak lama untuk mencari perlindungan selepas kemalangan dan dalam misi mencari Astrid.

Tiga episod selebihnya akan dikeluarkan sepanjang sepanjang tahun ini dan awal tahun 2018.

Bagi tanda harga pula, jika pemain telah membeli permainan ini di Steam atau Xbox One dengan harga asal USD20 (RM86.75 – tukaran terus), pemain akan mendapat akses penuh termasuk semua episod dalam Wintermute. Bagi pemain PS4 pula, harganya adalah USD35 (RM 151 – tukaran terus.)

Sumber : engadget

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.