Berita

The Sims 4: Akan Datang Untuk PS4 dan XBONE Pada November Ini

Diolah oleh hang92

Permainan The Sims ini merupakan yang pertama untuk dilancarkan pada konsol sejak tahun 2010.

The Sims 4 akan membuat kemunculan pertamanya pada platform konsol iaitu PlayStation 4 dan Xbox One pada 17 November ini. Electronic Arts telah mengumumkan pada minggu ini.

Permainan The Sims telah dilancarkan untuk PC pada tahun 2014 yang lepas, dan permainan The Sims 4 akan menjadi yang pertama untuk dilepaskan pada konsol sejak 2010 kerana The Sims 3 telah dilancarkan untuk PlayStation 3, Xbox 360 dan Wii pada tahun 2010. Maka, tujuh tahun jarak perjalanan untuk dilahirkan semula.

Anda boleh saksikan video treler The Sims 4 dibawah ini untuk maklumat lebih lanjut.

Rumusan

Permainan ini amat menarik, sesuatu permainan yang kami rasakan dapat menarik golongan wanita untuk bermain dengannya. Cuma secara jujur, The Sims untuk platform konsol merupakan suatu pengalaman ngeri untuk pemain. Hal ini kerana untuk membina sebuah rumah yang mempunyai pelbagai perabot dan hiasan adalah sesuatu kerja yang kompleks.

Jika anda berpengalaman sebelum ini dengan permainan The Sims, anda juga mungkin berhadapan masalah untuk membina rumah-rumah ini tambah lagi anda perlu membuatnya menggunakan pengawal.

sumber: polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.
LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia