Ura-ura

The Swords of Ditto: Permainan Aksi RPG Comel Akan Dikeluarkan Awal 2018

Diolah oleh hang92

Devolver Digital telah mengumumkan permainan RPG comel iaitu The Swords of Ditto akan dilancarkan pada PlayStation 4 dan PC seawal tahun 2018.

The Swords of Ditto ialah permainan yang berkisarkan tentang pengembaraan unik bagi setiap hero dalam perjuangan untuk menentang watak Mormo yang jahat.

Pemain bermain sebagai salah seorang wira di Pulau Ditto dan berjuang samada bersendirian atau bersama sahabat dalam mod kerjasama. Anda perlu berlawan dengan Mormo watak jahat yang ingin menyebarkan kegelapan dan ingin menakluki pulau tersebut.

sumber : playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.