Imbasan

THE WALKING DEAD : PERMAINAN BEREPISOD

Diolah oleh Along Naz

Anda pernah bermain permainan ini? Permainan yang dibangunkan oleh Telltale Game  ini telah lama berada dalam pasaran iaitu pada Oktober 2014 yang lalu.

Anda perlu meneruskan hidup dikalangan makhluk yang telah mati, zombie seperti mana kisah di dalam siri komik dan juga tayangan televisyen popular, The Walking Dead.

Dalam permainan ini, pemain perlu merentasi lima episod yang menjanjikan debaran yang penuh emosi kepada pemain.

Setiap keputusan dan tindakan yang diambil di dalam permainan ini akan mengakibatkan seluruh plot cerita dan persekitaran berubah berdasarkan keputusan yang dibuat. — yang ni epik

Anda akan memegang watak sebagai Lee Everett iaitu seorang penjenayah yang telah disabit kesalahan oleh undang-undang. Everett telah diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup di kalangan zombie.

Misi dalam plot cerita ini adalah untuk melindungi seorang budak perempuan bernama Clementine, seorang yatim piatu yang mana ianya menawarkan peluang buat Everett untuk menebus segala kesalahannya yang lalu.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.