Berita

The Wolf Among Us 2, The Walking Dead Final Season Dan Batman The Enemy Within Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

Diolah oleh Konsol

Telltale baru-baru ini telah memberitahu bahawa mereka tiada perancangan untuk melancarkan permainan popular The Wolf Among Us musim kedua dalam masa akan datang.

Walaubagaimanapun, mereka sebenarnya hanya bergurau. Hari ini pihak Telltale telah pun mengumumkan bahawa musim kedua permainan The Wolf Among Us bakal dilancarkan seawal tahun 2018 kelak.

Selain daripada itu, pihak Telltale juga telah membuat beberapa siri pengumuman bagi permainan lain yang turut akan dilancarkan pada bulan kemerdekaan Malaysia dan juga pada tahun hadapan.

Diantaranya ialah permainan berkonsep zombi terkemuka dunia iaitu The Walking Dead musim terakhir yang bakal menemui peminat siri permainan zombi ini seawal Februari 2018.

Akhir sekali, pihak Telltale mengumumkan bahawa permainan Batman The Enemy Within yang bakal menjadi siri terakhir permainan Batman yang dikeluarkan oleh mereka, bakal menemui para pemain pada 8 Ogos tahun ini.

Permainan Batman The Enemy Within ini akan dilancarkan bagi platform Playstation 4, Xbox One, PC, dan juga pada peranti pintar seperti Android dan iOS.

Sudahkah poket anda bersedia untuk kedatangan permainan-permainan menarik ini?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia