Berita

The XStation: Apabila PS4 Slim dan Xbox One S Disatukan Menjadi Satu Konsol

Diolah oleh hang92

Kami sedar ada di antara pengguna yang telah membeli kedua-dua konsol PS4 dan Xbox One lalu diletakkan sebelah menyebelah untuk bermain permainan eksklusif pada konsol masing-masing. Namun ada tak orang di luar sana yang pernah terfikir untuk menggabungkan dua konsol popular ini menjadi satu? Ada seorang pengguna telah mengambil langkah seterusnya untuk menggabungkan terus kedua konsol ini menjadi satu.

The XStation ini adalah ciptaan Eddie Zarick, yang dahulu pernah terkenal dengan ciptaan komputer riba PS4 beliau. Kali ini, beliau menggabungkan PS4 Slim dan Xbox One S menjadi satu konsol. Konsol ini mempunyai satu lubang HDMI tetapi boleh menggunakan kedua-dua konsol dengan hanya menekan satu butang untuk menukar platform konsol yang digunakan.

Konsol ini juga menggunakan satu plag punca kuasa, dua ruang cakera, dua ruan USB, dan dua butang untuk menendang cakera keluar. Konsol ini juga mempunyai lampu LED untuk menunjukkan platform konsol mana yang sedang digunakan.

Anda boleh lihat bagaimana konsol XStation digunakan pada video di bawah. Namun, Zarick berkata konsol ini tidak akan dijual secara besar-besaran cuma ianya adalah satu projek untuk berseronok.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.