Berita

Tinertia: Permainan Berasaskan Platform Ini Sudah Boleh Mulai Didapati Sekarang

Diolah oleh hang92

Akhirnya permainan ini sudah tiba, Tinertia sudah dilancarkan terlebih dahulu pada konsol PlayStation 4 pada 20 Jun 2017 iaitu semalam.

Permainan ini memberikan pemain pengalaman grafik 1080p / 60fps yang cantik. Pemilik konsol PS4 Pro akan diperlihatkan tekstur tambahan dalam kualiti grafik FX.

Image result for Tinertia

Anda akan bermain sebagai Weldon, robot yang bertubuh kecil tetapi mempunyai hati yang besar. Weldon telah ditangkap oleh entiti jahat yang dipanggil ARC.

Selepas ditangkap, Weldon dijadikan sebagai teras mekanik sebuah planet. Di planet itu, persekitaran planet ini sangat menakutkan dan semua orang saling bermusuhan

Anda perlu membantu Weldon untuk melarikan diri dari planet ini.

Untuk makluat lanjut mengenai permainan ini, anda boleh klik di pautan Tinertia/PS4launch.

sumber: ps4trophiesgaming

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.