Tips

Tiny Arcade: Bermain Permainan Klasik Dengan Arked Terkecil Di Dunia Ini

Diolah oleh hang92

Sebagai kanak-kanak tahun 80-an kami menggemari segala jenis permainan arked. Sewaktu zaman dahulu, kami gemar bermain dengan permainan arked yang besar seperti almari dan yang akan menyedut setiap ringgit yang dimasukkan ke dalam permainan tersebut.

Jika anda rasakan arked pada zaman dahulu adalah terlalu besar dan mahukan sesuatu yang agak kecil, sangat kecil sebenarnya, anda boleh dapatkan permainan arked mini terkecil di dunia ini.

Permainan arked kecil ini muat-muat untuk berada di tapak tangan anda. Ianya mengandungi dua butang utama, sebatang kayu analog dan skrin semestinya.

Anda boleh membeli arked kecil dengan memesan di atas talian di laman web Tinycircuits dengan harga $59.95 (~ RM 257.00). Bateri tidak akan disertakan kerana arked kecil ini menggunakan bateri USB yang boleh dicaj semula.

Dan untuk pengetahuan anda, arked ini tidak memainkan semua permainan arked klasik, cuma hanya terdapat beberapa permainan sahaja yang sudah dimasukkan terlebih dahulu.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.