Imbasan

TITANFALL 2

Diolah oleh Along Naz

Siri imbasan permainan kali ini adalah Titanfall 2 yang telah dilancarkan pada Oktober 2016 yang lalu.

“Unite and Destroy. Become One”

Titanfall 2 adalah permainan FPS yang telah dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan diterbitkan oleh Electronic Arts, ianya merupakan sekuel kepada Titanfall.

Respawn Entertainment, sekali lagi  memberi nafas baru dengan sesuatu yang menarik iaitu kempen single player dan multiplayer yang berinovatif, dengan penembak serta kelajuan yang ‘membuak- buak’.

Dengan tagline “Bigger weapons make better friends” dalam Titanfall 2, permainan ini menerapkan elemen combine and conquer bersama juruterbang serta titan, senjata- senjata berbahaya dan juga sistem pembangunan yang membantu anda dan juga pasukan anda untuk terus membunuh tanpa henti.

Jika anda sudah bermain permainan ini, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.