Berita

TM Telah Melancarkan Aplikasi Optimasi Wi-Fi Untuk Pelanggan UniFi dan Streamyx

Diolah oleh hang92

Adakah anda selalu merungut permainan atas talian anda kerap tersekat-sekat? Dan senario paling buruk ialah apabila permainan anda terputus langsung dengan dunia atas talian?

Anda pening dan runsing kerana bil internet yang anda bayar setiap bulan bukanlah murah harganya, anda berang dengan keadaan ini lalu mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan terus ke jambatan Putrajaya untuk menenangkan fikiran anda yang celaru itu.

Salah satu faktor yang memberi kesan terhadap kualiti sambungan internet anda adalah pada tetapan sambungan Wi-Fi anda. Oleh itu, TM telah pun melancarkan sebuah aplikasi percuma berbentuk beta bertujuan untuk membantu pelanggan mengoptimasikan sambungan Wi-Fi mereka.

Aplikasi WiFi Optimiser Tool ini boleh menyatakan punca untuk sebarang masalah yang terdapat pada capaian Wi-Fi anda dalam tempoh 30 saat.

Antara analisis yang boleh ditunjukkan oleh aplikasi ini termasuk, kekuatan isyarat capaian Wi-Fi, bilangan peranti yang disambungkan ke Wi-FI dan bilangan sumber Wi-Fi yang berhampiran dengan anda.

 Image result for tm optimizing tools malaysia

Aplikasi ini juga mampu untuk menerangkan situasi secara langsung mengenai capaian Wi-Fi anda secara umum dan boleh menyarankan apa-apa tindakan yang perlu dilakukan oleh pelanggan untuk mendapatkan talian internet secara optimum.

Image result for tm optimizing tools malaysia

TM WiFi Optimiser Tool ini hanya boleh digunakan pada pelanggan yang menggunakan talian UniFi dan Streamyx sahaja.

Malangnya, aplikasi ini hanya boleh didapati untuk peranti Android sahaja.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di sini.

Sumber: lowyat.net

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.