Ura-ura

TOM CLANCY’S GHOST RECON : WILDLANDS – 4 PEMAIN DALAM MOD KERJASAMA

Diolah oleh Along Naz

Akan datang Mac 2017!

Pengenalan

Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands adalah merupakan permainan penembak ala ketenteraan yang pertama seumpamanya.

Antara kelebihan permainan ini adalah, ia memiliki peta yang sangat besar dan luas seolah tiada penghujungnya.

Selain dari  itu anda juga perlu menempuh bahaya dan menggunakan kebijaksanaan anda untuk merangka taktikal yang responsif berkenaan dengan dunia ketenteraan untuk menyelesaikan sesuatu misi.

Perjalanan Permainan

Bagi nenghadapi musuh yang sangat berkuasa, besar dan ganas, The Ghosts pasukan elit US Special Forces dihantar untuk menimbulkan huru- hara.

Di samping itu juga pasukan elit ini akan mewujudkan ketidakstabilan, dan merosakkan sebuah perikatan di antara kumpulan kartel dan sebuah kerajaan yang rosak ala-ala dekat negara Maxico.

Haha tapi malangnya permainan ini berlaku di Bolivia beberapa tahun dari sekarang dan bukannya di Mexico seperti yang dicanangkan diatas.

Untuk pengetahuan anda dalam permainan ini Bolivia boleh disifatkan sebagai sebuah negara Amerika Selatan yang cantik tetapi telah menjadi sebuah negara pengeluar kokain yang terbesar di dunia.

Pengaruh dan kekejaman yang dilakukan oleh kumpulan kartel dadah, Santa Blanca telah mengubah negara ini kepada narco-state.

Disini undang- undang tidak berguna lagi dan yang tinggal hanyalah ketakutan.

Disebabkan itu, kumpulan Santa Blanca berada di landasan terbaik untuk menjadi kuasa besar dan memberi ancaman kepada seluruh dunia.

Rumusan

Secara keseluruhannya, permainan ini bukanlah permainan tembak menembak secara besar- besaran seperti Battlefield mahupun Call Of Duty.

Tetapi, permainan ini lebih kepada merangka strategi yang bagus untuk menyelesaikan sesuatu misi tanpa disedari oleh pihak Kartel dan kerajaan Bolivia.

Pada anda yang meminati permainan yang banyak menggunakan akal dan fikiran, sudah tentu permainan ini wajib ada dalam senarai pendek anda untuk tahun ini 🙂

Oh sebelum terlupa, permainan ini boleh dimainkan sepenuhnya secara solo ataupun di dalam kerjasama bersama 4 orang pemain. Adios

Tarikh pelancaran : 7 Mac 2017

Genre : Penembak ketiga

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.