Berita

Tom Clancy’s The Division : Akses Penuh Percubaan Percuma Sepanjang Hujung Minggu Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Ubisoft telah mengumumkan bahawa The Division boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma sepanjang hujung minggu ini untuk platfrom PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Pemain akan memperolehi akses penuh pada keseluruhan permainan dan data simpanan misi permainan yang telah dimain boleh di bawa ke hadapan jika pemain membuat keputusan untuk membeli permainan ini.

Percubaan percuma permainan yang sedia ada sebelum ini hanya membolehkan pemain untuk mencapai lapan tahap misi permainan atau hanya tempoh enam jam permainan dan akan dinyahaktifkan pada hujung minggu ini, tetapi akan dikembalikan semula apabila promosi hujung minggu ini berakhir.

Pemain yang telah memuat turun percubaan percuma sebelum 4 Mei juga akan dapat menikmati promosi hujung minggu ini.

Tarikh bagi promosi hujung minggu ini adalah seperti berikut: 04-07 Mei pada PC dan 4-8 MEI padaPlayStation 4 / Xbox One.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.