Imbasan

TORMENT: TIDES OF NUMENERA

Diolah oleh Along Naz

Torment: Tides of Numenera merupakan sebuah permainan video bergenre Role-playing Game (RPG). Permainan ini telah dilancarkan pada 28 Februari 2017 lalu.

Dalam permainan ini pemain mesti membuat keputusan sendiri untuk mejawab satu soalan wajib, kehidupan seseorang  ini mengenai apa sebenarnya?

Numenera Ninth World adalah sebuah dunia yang hebat di mana ianya bukti jatuh bangunnya sebuah tamadun.

Yang tinggal kini hanyalah tinggalan sejarah lalu berupa bangunan-bangunan di dalam bandar, tugu-tugu serta artifak yang telah runtuh dan rosak sebagai tinggalan sejarah bagi membuktikan kewujudan masa lampau sebuah tamadun.

Seorang manusia telah menjumpai cara untuk menjadikan numenera bertambah kuat dan berkuasa dan boleh kekal abadi untuk melangkau masa.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.