Berita

Tour de France 2017: Akan Dilancarkan Pada 15 Jun Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Focus Home Interactive dan pembangun Cyanide Studios telah mengumumkan Tour de France 2017 akan dikeluarkan pada 15 Jun ini sebelum acara Tour de France. Tour de France 2017 akan dikeluarkan ke Xbox One dan Playstation 4.

Di dalam Tour de France 2017 pemain akan dapat memilih untuk mewakili salah satu daripada 22 pasukan dan berlumba di beberapa lokasi di Perancis yang mengagumkan.

Kelajuan perlumbaan, pengurusan stamina, pendakian dan penurunan di kawasan berbukit telah dinaik taraf untuk pengalaman permainan yang lebih realistik.

Perlumbaan untuk mendapatkan jersi kuning juga tidak akan menjadi semudah yang disangka. Ini kerana peningkatan AI dan risiko terbatalnya penyertaan jika pemain gagal menamatkan perlumbaan dalam masa yang ditetapkan.

Tour de France 2017 akan menampilkan mod Challenge, mod Pro Team (yang akan membolehkan pemain untuk membina pasukan lumba sendiri) dan mod Local Multiplayer (coop atau PvP).

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.