Berita

TOURNAMENT LAN PERTAMA PLAYER UNKNOWN’S BATTLEGROUNDS – PLAYER UNKNOWN’S BATTLEGROUNDS INVITATIONAL

Aizy
Diolah oleh Aizy

Bluehole Inc, pembangun dan penerbit untuk permainan Player Unknown Battlegrounds (PUBG) dan juga ESL, iaitu sebuah syarikat penganjur eSport terbesar di dunia, telah mengumumkan bahawa Bluehol Inc dan ESL akan bekerjasama untuk memperkenalkan permainan video PUBG dan gelaran ‘Battle Royale’ ke dalam konvensyen permainan terbesar di dunia.

Tournament PUBG Invitational ini akan diadakan pada 23 – 26 Ogos 2017 dan bertempat di Gamescom Cologne, Germany. Apa yang menarik ialah pemain-pemain yang terpilih merupakan di antara senarai 80 pemain terbaik dan berpengaruh dari seluruh dunia.

Antara mod-mod permainan Gamescom PUBG Invitational yang akan diperkenalkan ialah, mod pemain tunggal, mod duo, mod duo FPP (First Person Perspective) dan mode ‘squad‘ sepanjang 4 hari kejohanan PUBG Invitational ini.

Pemenang akan dibahagikan mengikut kategori mod, dan untuk menentukan pemenang, seseorang itu perlulah mencapai markah yang tertinggi.

Bermula 3 Ogos ini, Bluehole telah memberi pemain keupayaan untuk membeli barang ‘vanity’ di dalam PUBG. Duit yang dikumpul dengan menjual ‘vanity’ akan dijadikan hadiah bagi pemenang. Hadiah terkumpul pertandingan ini akan mempunyai nilai mencecah $350,000 USD (~ RM 1,497,475)

Anda boleh saksikan treler kejohanan tersebut di bawah

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Aisy Hafiy. Jika anda juga ingin menjadi salah seorang penulis kami dan mahu tulisan anda dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia,  hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke hubungi@konsol.my

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.