Berita

Treler Star Wars Battlefront 2 Terbaru Ini Memperlihatkan Emperor Droids

star-wars-battlefront2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

EA DICE kini telah mengeluarkan treler terbaru untuk Star Wars Battlefront II yang memberi fokus kepada kempen pemain tunggal.

Berdurasi selama dua setengah minit, ianya memperlihatkan babak pada permulaan permainan, kerana ia menunjukkan protagonis, Iden Versio, yang mendapat berita kematian Emperor selepas Return of the Jedi, dan kemudian menerima tugasan pertama.

Pemain yang memilih untuk membuat pra-tempahan permainan akan menerima akses kepada pakaian yang bertemakan Kylo Ren dan Rey, aksesori tambahan untuk senjata dan kapal perang, dan akses awal untuk mencuba versi beta permainan ini.

Star Wars Battlefront II akan hadir ke pasaran pada 17 November 2017, dan akan tersedia di PlayStation 4, Xbox One, dan Windows PC.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malay