Berita

Treler Terbaharu Permainan Eksklusif PS4 God of War Memperkenalkan Watak Revenant

Diolah oleh hang92

Sony Interactive Entertainment dan SIE Santa Monica Studio telah melancarkan treler terbaru tentang permainan eksklusif PS4 yang akan datang ini iaitu God Of War.

Treler ini memperkenalkan watak yang dikenali sebagai Revenant, yang seakan-akan kebal daripada serangan magis pihak lawan (walaupun tiada cara permainan ditunjukkan)

Untuk pengetahuan anda, selepas kami membuat semakan di Wikipedia,  mitos Norse menyatakan bahawa Draugr adalah merupakan revenant (makhluk yang bangkit dari matitetapi di dalam permainan God of War ini mereka dianggap makhluk yang lain daripada mitos Norse yang sebenar (mungkin ada kaitan tetapi kami bongkarkan kemudian)

Revenant.JPG

Anda boleh saksikan video treler God Of War mengenai Revenant di bawah ini

God of War akan dilancarkan pada awal tahun 2018 secara eksklusif untuk PS4.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Pengawal PS4 God of War Ini Sangat Mengagumkan

Pembikin God of War Mendedahkan Bahawa Terdapat Pertempuran Dinamik Kratos dan Anaknya

God Of War: Saksikan Adegan Belakang Tabir Pembikinan Permainan Ini

God Of War: Mengapa Kratos Tidak Menggunakan Blade of Chaos Pada Siri Terbaru Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia