Berita

Treler Terbaru Forza 7 Menunjukkan Keindahan Grafik Dan Cara Permainan Pada Xbox One X

Diolah oleh Konsol

Xbox One X telah pun diakui sebagai sebuah konsol berstatus raksasa. Malah peminat-peminat konsol yang berlainan juga tidak menyangkal dakwaan keraksasaan Xbox One X ini.

Untuk menunjukkan bertapa hebat dan indahnya kuasa pemprosessan dan grafik bagi Xbox One X ini, pihak Microsoft telah pun mempertontonkan treler permainan Forza 7 yang dimainkan pada resolusi 4K dan 60 bingkai sesaat.

Video trailer yang berdurasi selama 22 minit ini akan menunjukkan bertapa indahnya sesuatu permainan apabila dimainkan pada resolusi 4k dan 60 bingkai sesaat sepenuhnya yang hadir pada konsol Xbox one X. Apabila menonton video ini, ia seolah-olah melihat dunia sebenar dan bukannya permainan video.

Walaubagaimanapun, jika anda menonton video trailer ini pada skrin biasa dan bukannya beresolusi 4K, agak mengewakan sedikit kerana tidak banyak perbezaan yang bakal anda lihat.

Akhir kata, permainan Forza 7 ini bakal hadir pada PC Windows 10, Xbox One X dan juga Xbox One pada 3 Oktober 2017.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.