Berita

Treler Terbaru Middle-Earth: Shadow of War Memfokuskan Kepada Machine Tribes

middle-earth-shadow-of-wars-machine-tribe
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Warner Brothers telah melancarkan treler terbaru untuk Middle-earth: Shadow of War. Treler terkini untuk tajuk yang akan datang ini menunjukkan kumpulan Orcs yang panggil sebagai suku Machine, seperti namanya, suku ini menggunakan teknologi untuk keuntungan peribadi.

Menurut penerbit, suku kaum Machine adalah salah satu puak Orcs yang yakin bahawa Mordor berada di ambang usia baru yang akan bergantung kepada kemajuan teknologi dan perindustrian.

Middle-earth: Shadow of War adalah permainan aksi RPG yang sedang dibangunkan oleh Monolith Productions untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Shadow of War adalah sekuel untuk tajuk 2014, Middle-earth: Shadow of Mordor. Ditetapkan di antara peristiwa The Hobbit dan The Lord of the Rings.

Pemain akan mengawal Talion yang ditemani oleh elf Lord Celebrimbor. Mereka bersama-sama akan merentasi Mordor dalam pencarian Ring of Power untuk membantu mereka mengumpulkan tentera untuk mengalahkan Sauron.

Anda boleh melihat treler terbaru di bawah;

Middle-Earth: Shadow of War dijangka akan dikeluarkan pada 10 Oktober 2017 untuk XBO, PS4, dan PC.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.