Berita

Treler Terbaru Red Dead Redemption 2 Memperkenalkan Arthur Morgan

Diolah oleh hang92

Baru-baru ini, pihak Rockstar Games telah pun berkongsi gambar acah yang menunjukkan bahawa mereka akan mengumumkan sesuatu pada tarikh 28 September 2017 ini.

Rupanya..

Rockstar Games telah berkongsi tentang treler rasmi kedua permainan Red Dead Redemption 2.

Permainan ini bagi kami merupakan salah satu permainan wajib beli untuk tahun 2018.

Treler ini mengisahkan tentang jalan cerita di dalam permainan ini dan kami rasakan ada pengenalan watak protoganis di dalam treler ini. Anda boleh saksikan treler ini dibawah.

Maka selepas menyaksikan treler ini, sah bahawa protaganis di dalam permainan Red Dead Redemption 2 (atau salah seorang daripada protoganis) dikenali sebagai Mr Arthur Morgan. Arthur Morgan bukanlah seorang lelaki yang baik, dia dikehendaki oleh undang-undang kerana mengugut orang ramai, merompak bank dan keretapi secara berleluasa, dan pelbagai kesalahan lagi.

Untuk pengetahuan anda, sudah hampir setahun sejak Red Dead Redemption 2 kali terakhir mengeluarkan treler pertama mereka. Sejak itu, Rockstar telah berkongsi hanya sedikit sahaja maklumat mengenai permainan ini.

Yang pasti, permainan ini akan dilancarkan secara rasmi pada musim bunga tahun 2018 untuk PS4 dan Xbox One.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.