Berita

Treler Terbaru Shadow of the Colossus Telah Ditayangkan Untuk Umum

Diolah oleh hang92

Treler terbaharu permainan yang berasal dari zaman kegemilangan PS2, Shadow of the Colossus telah ditayangkan sempena sidang akhbar Sony semasa acara Tokyo Game Show 2017 baru-baru ini.

Treler ini, yang mempunyai durasi masa dua minit, sedikit sebanyak telah menunjukkan beberapa isi kandungan di dalam permainan Shadow of the Colossus. Beberapa pengkritik mengatakan bahawa Shadow of the Colossus terbaharu ini bukanlah sekadar naik taraf HD sahaja, bahkan ianya adalah permainan pembuatan semula secara keseluruhan.

Secara visual, Shadow of the Colossus terbaharu ini kami rasakan sangat dekat dengan keluaran PS2 terdahulu, cuma kali ini ianya sangat cantik dari segi grafiknya.

Walaupun dari segi visual grafik masih mengekalkan keaslian daripada Shadow of the Colossus PS2persoalannya kini adakah Sony akan mengekalkan jalan cerita yang sama atau mengubah 100% jalan cerita berbanding keluaran terdahulu? Yang pasti Sony telah mengatakan bahawa konfigurasi untuk pengawal telah berubah dan dinaiktaraf untuk DualShock 4.

Secara jujurnya, kami sangat teruja untuk bermain dengan permainan ini. Kami ingin lihat bagaimana versi 2018 akan menjadi lebih baik daripada versi terdahulu pada tahun 2005.

Shadow of the Colossus akan dilancarkan pada tahun 2018 secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia