Ura-ura

TROLL AND I

Diolah oleh Along Naz

Maximum Games telah menerbitkan sebuah lagi permainan baru berjudul Troll and I. Permainan yang dibangunkan oleh Spiral House ini akan dilancarkan pada 21 Mac 2017 (esok).

Plot cerita permainan ini bermula dengan Otto, merupakan seorang remaja di mana dia terpaksa melarikan diri  dari rumah ke hutan belantara Nordic kerana diburu oleh sebuah kumpulan yang ganas dan kejam. Kumpulan ini sedang mencari makhluk mitos yang dikhabarkan mendiami hutan Nordic tersebut.

Secara tidak sengaja,dalam Otto melarikan diri di hutan tersebut, , Otto telah berkawan dengan makhluk yang diburu oleh kumpulan terbabit. Dengan itu, bermula lah sebuah kisah pengembaraan berbahaya di antara Troll dan Otto.

Dalam hubungan yang dinamik di antara Troll dan Otto, kisah dua watak yang bersusah payah untuk hidup bersama meneruskan pengembaraan menyusuri lembah- lembah gunung telah diserang oleh musuh.

Namun, dengan kelebihan yang ada pada Troll dan Otto yang sudah biasa dengan persekitaran hutan itu, mereka mesti menggunakan kemahiran- kemahiran yang ada untuk mengatur strategi,  menyelinap masuk, serta berperang untuk terus hidup.

Segala tindak- tanduk musuh tidak dapat dijangkakan ditambah lagi dengan keadaan hutan yang menggerunkan, mereka perlu bekerjasama untuk meneruskan hidup mereka.

Begitulah sedikit plot yang dapat disajikan kepada anda. Jangan lupa untuk mendapatkan permainan ini dan berkongsi pengalaman anda bersama kami.

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook, Twitter ataupun Instagram kami.

Tarikh pelancaran: 21 Mac 2017

Genre: Adventure

Publisher: Maximum Games

Developer: Spiral House

www.ign.com