Berita

TROPICO 6: Saksikan Treler Terbaru El Presidente Memberikan Ucapan

Diolah oleh hang92

Dengan video treler terbaru dikeluarkan pada minggu ini, Kalypso Media telah mengumumkan bahawa permainan baru Tropico 6 akan datang ke PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada 2018.

El Presidente (sang presiden) kini kembali dalam masa kegawatan politik dan pergolakan sosial. Rakyat perlu memilih pemimpin yang berwawasan, yang akan mengemudi nasib negara dengan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan penuh dengan kebijaksanaan.

Anda akan bermain sebagai pemimpin Tropicon dan anda perlu membuktikan diri bahawa anda adalah sebagai diktator yang ditakuti namun dalam masa yang sama anda juga cintakan keamanan di negeri tersebut.

sumber: youtube

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.