Tips

Tutorial Tekken 7: Bagaimana Menggunakan Kombo Bahagian 1

Diolah oleh Konsol

Tekken 7 boleh dinobatkan sebagai permainan perlawanan yang paling popular ketika ini.

Walaupun banyak lagi permainan perlawanan lain yang telah pun dilancarkan, tetapi permainan Tekken 7 juga yang selalu disebut di bibir pemain oleh penggemar permainan video.

Salah satu sebab permainan Tekken 7 ini amat digemari oleh penggemar permainan video ialah kerana sistem kombo di dalam permainan ini yang amat menarik dan lebih realistik berbanding permainan perlawanan yang lain.

Tetapi, bukan mudah bagi sesiapa untuk melakukan combo yang tersusun dan sempurna.

Ianya memerlukan latihan yang berterusan oleh pemain sebelum dapat menguasai teknik combo dan sekaligus menjadi juara didalam permainan Tekken 7 ini.

Sebelum kita menyaksikan video tutorial asas combo untuk permainan Tekken 7 ini. Anda juga mesti mengetahui susunan butang pada pengawal permainan anda.

Gambar dibawah ini akan menerangkan susunan butang pada pengawal anda untuk dimainkan pada permainan Tekken 7.

Pada bahagian kanan gambar, bulatan merah mewakili kayu analog anda. Jadi pergerakan kiri, kanan, atas dan bawah boleh dikawal menggunakan kayu analog ini.

Pada bahagian kiri gambar pula: –

  • Butang 1 mewakili butang   ◻️
  • Butang 2 mewakili butang   ▲
  • Butang 3 mewakili butang   ❌
  • Butang 4 mewakili butang   ⭕
  • Butang 5 mewakili butang   L1

Jadi selepas anda sudah mendapat sedikit pengetahuan tentang susunan butang pada pengawal permainan anda, mari kita saksikan pula video tutorial asas untuk melakukan combo didalam permainan Tekken 7 pada bahagian 1 siri artikel tutorial ini.

Selamat berlatih 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.